Anwar on JB Jeyaretnam
Published Oct 1st, 2008
| Tags: |

Condolence speech by Anwar Ibrahim for the recent passing of JB Jeyaretnam.
In it he mentioned that the late Jeyaretnam was full of passion in his pursuit of equality and ‘freedom’ in Singapore
JB Jeyaretnam, the long time Singapore opposition icon passed away yesterday due to heart failure at Tan Tock Seng Hospital.
He was the ‘chink’ in the PAP armor as he became the first opposition party candidate to be elected a Member of Parliament (MP) in Singapore
He was 82 years old, leaving behind two sons
via source
Saya mendapat perkhabaran bahawa tokoh pembangkang tersohor Singapura, JB Jeyaratnam telah meninggal dunia awal pagi tadi kerana masalah jantung.
Perjuangan mendiang J.B.J penuh liku & rencam, tatkala menjadi Ahli Parlimen Pembangkang pertama di Singapura pada tahun 1981.
Tidak lekang daripada pelbagai sabitan kes mahkamah sehingga menyebabkan mendiang jatuh muflis pada tahun 2001 tidak sekelumitpun mematikan semangat mendiang. Masih segar di ingatan bagaimana tegarnya mendiang menukilkan dua buah buku, Make it Right for Singapore dan The Hatchet Man of Singapore yang berkisar perjuangan menegakkan lunas demokrasi segar dan kebebasan bersuara di Singapura sepanjang perjuangan mendiang. Hasil jualan buku-buku yang dijual sendiri oleh mendiang di jalanan membebaskan mendiang daripada belenggu muflis seusai tahun lepas.
Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang. Semoga perjuangan mendiang sentiasa tersemat dalam sanubari warga yang cintakan kebebasan bersuara dan demokrasi.
